Steven Sim mula tugas sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

18 Disember 2025

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) hari ini telah mengadakan Majlis Simbolik ‘Clock In’ sempena permulaan tugas YB Tuan Steven Sim Chee Keong sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta YB Datuk Mohamad bin Alamin sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang baharu, pada jam 9.00 pagi.

Ketibaan YB Menteri telah disambut dan diiringi oleh YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha KUSKOP bersama barisan Timbalan Ketua Setiausaha, sebelum diteruskan dengan sesi ‘clock in’ dan taklimat korporat kementerian.

Dalam sesi taklimat tersebut, YBhg. Dato’ Sri Ketua Setiausaha telah membentangkan perkembangan semasa serta hala tuju strategik KUSKOP kepada YB Menteri bagi memperkukuh agenda pembangunan usahawan dan gerakan koperasi negara.

Seluruh warga KUSKOP merakamkan ucapan selamat bertugas kepada YB Tuan Steven Sim Chee Keong dan YB Datuk Mohamad bin Alamin dalam menerajui kementerian ke arah aspirasi Malaysia MADANI.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *