LAWATAN TINGKAT KESEDARAN MAHASISWA UPNM TERHADAP INTEGRITI DAN RASUAH

PUTRAJAYA, 11 Disember – Peluang mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya bukan sahaja membuka mata 61 Mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terhadap peri-penting menyokong amalan integriti dalam kehidupan seharian, bahkan turut menambah pengetahuan mereka mengenai peluang kerjaya sebagai Pegawai Penyiasat SPRM apabila tamat pengajian kelak.

Pensyarah pengiring, Dr. Amnah Saayah Ismail yang juga pensyarah Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) menyifatkan lawatan ini amat signifikan dalam membuka minda mereka terhadap peranan dan cabaran SPRM dalam menangani rasuah.

Dr. Amnah turut berpendapat perkongsian yang disampaikan oleh para pegawai pegawai SPRM membekalkan asas integriti dan kefahaman yang betul untuk memastikan agenda menolak rasuah dapat dihayati sepenuhnya sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Lawatan ini diakhiri dengan taklimat antirasuah yang disampaikan oleh PsK Wan Noorul Hisyam bin Awang@Nawi yang menyentuh mengenai bidang tugas SPRM serta sesi soal jawab dan kuiz kahoot.

Terdahulu, peserta rombongan diberi taklimat keselamatan sejurus tiba di Auditorium SPRM dan kemudian dibawa melawat beberapa fasiliti lain antaranya konti MACCfm, fasiliti tingkat 7, serta bahan pameran Penmas di Aras 11 sebelum sesi taklimat yang berlangsung di Auditorium.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *