PMX solat Jumaat di Masjid Nur al-Hidayah, Kelibang, Kuah, Langkawi

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
12 DIS. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat di Masjid Nur al-Hidayah, Kelibang, Kuah bersama-sama jemaah setempat.

Beliau yang mendengar Khutbah Jumaat bertajuk ‘Bahaya Aplikasi Tik Tok’ turut berkongsi pesanan khatib yang boleh dijadikan pedoman di mana jemaah diingatkan supaya menekankan nilai dan adab yang mesti dibudayakan agar dapat menghalang anasir-anasir negatif yang disebarkan melalui media sosial,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Beliau berkata kepentingan teknologi dan media sosial dalam kehidupan masa kini perlu seiring kebijaksanaan dalam memuat naik sebarang kandungan agar ianya kandungan yang memberikan manfaat positif serta benar untuk tontonan umum.

Anwar kemudian beramah mesra bersama-sama penduduk setempat sewaktu jamuan makan tengah hari sambil menikmati juadah lauk-pauk tempatan yang disediakan sebelum menyambung tugasan seterusnya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *