Malaysia bimbang perkembangan sepanjang sempadan Afghanistan dan Pakistan – PMX

Oleh: Sholina Osman
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
5 DIS. 2025

Malaysia melahirkan kebimbangan terhadap perkembangan sepanjang sempadan Afghanistan dan Pakistan kerana boleh mengugat kestabilan rantau tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar semua pihak dapat mencari penyelesaian secara aman melalui dialog dan saluran diplomasi demi mengelakkan ketegangan yang berpanjangan.

Beliau berkata demikian ketika menghubungi Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dalam satu perbualan telefon tengah hari tadi.

BEBERAPA SIRI SERANGAN

Laporan media sebelum ini juga menyebut ketegangan memuncak antara Afghanistan dan Pakistan selepas beberapa siri serangan berlaku di sempadan kedua-dua negara pada Oktober lepas.

Selain itu, Anwar berkata beliau turut bertukar pandangan mengenai beberapa perkara berkaitan hubungan dua hala Malaysia-Pakistan.

“Saya juga berkongsi situasi semasa banjir yang melanda negara dan negara sahabat yang lain, iaitu Indonesia dan Thailand,” katanya dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *