PMX kagum Aminah sanggup sewa kereta bagi meluahkan penghargaan kepada kerajaan MADANI

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
28 NOV. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anuar Ibrahim melahirkan rasa kagum dengan semangat ditunjukkan oleh Aminah Sulaiman apabila sanggup menyewa kereta hanya semata-mata untuk bertemu dan meluahkan penghargaan atas usaha Kerajaan MADANI menjaga kebajikan rakyat.

Beliau dipertemu dengan wanita ini ketika bersama Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor singgah di Gerai Lokan dan Kelapa Bakar di Kampung Salut.

MENGGUNAKAN PELUANG INI

Anwar menggunakan peluang ini bagi menziarahi para peniaga, menyapa masyarakat, dan mendengar sendiri denyut nadi kehidupan mereka.

Beliau berkata semasa itu datang wanita ini berkongsi di mana sejak pelaksanaan pelbagai inisiatif bantuan Kerajaan MADANI, dia dan penduduk kampung tidak lagi dibayangi kebimbangan kerana wujud tangan negara yang sudi menghulur bantuan pada saat mereka memerlukan.

“Doa dan harapan dari wajah-wajah seperti Aminah menguatkan tekad saya dan seluruh pasukan untuk terus bekerja, memperkemas dasar, dan memastikan setiap isi rumah merasai nikmat kemajuan secara adil dan saksama,” kata beliau dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *