








Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
11 NOV. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Jelajah Malaysia Digital (JMD) platform dibawah tanggungjawab Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) sebelum
akhiri lawatan ke Tawau, Sabah.
Beliau berkata pelaksanaan program ini bagi memperkukuh proses penerapan teknologi AI yang semakin penting bagi membentuk masa depan ekonomi, daya saing dan kesejahteraan rakyat.
“Marcapada menuntut setiap negara untuk sentiasa mengikuti arus perubahan teknologi yang pesat, termasuk kemajuan dalam bidang AI yang kini semakin diterapkan dalam kehidupan seharian, daripada sistem perkhidmatan awam hingga kepada penyampaian maklumat serta urus tadbir negara,” kata beliau dalam hantaran di FB.
PENTADBIRAN KERAJAAN MADANI
Justeru itu kata beliau Malaysia tidak terkecuali dalam hal ini dan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI, kita bertekad memastikan setiap lapisan masyarakat termasuk di kawasan pedalaman, tidak ketinggalan dalam mengakses teknologi terkini, sama ada dalam bidang perniagaan, pendidikan, perbankan, mahupun pembangunan sosial dan ekonomi.
“Usaha ini bukan sekadar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan zaman, tetapi untuk mendepani masa depan dengan kesiapsiagaan, agar Malaysia bukan sekadar menjadi pengguna teknologi, tetapi turut menjadi pencipta dan peneraju inovasi digital di rantau ini,” tambah beliau. – JM
