Selagi diberi nafas, saya akan terus bekerja untuk Sabah dan Malaysia – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
9 NOV. 2025

Selagi diberi nafas, saya akan terus bekerja untuk Sabah dan Malaysia, itulah jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kita tidak sempurna, tetapi kita kerja bersungguh-sungguh untuk membela.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis Rancakkan Madani Sabah di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu malam ini.

“Dalam setiap langkah yang kita ambil, prinsipnya jelas: angkat martabat rakyat,” kata beliau dalam hantaran di FB.

KITA BERSUNGGUH PERBAIKI

Dari jalan raya, klinik desa, sekolah daif hingga universiti kita bersungguh perbaiki bukan untuk meraih sorak, tetapi kerana itu hak rakyat.

Justeru, Sabah bukan negeri yang dipinggirkan. Malah, Sabah adalah nadi kekuatan Malaysia.

“Sebab itu kerajaan MADANI menyalurkan peruntukan pembangunan tertinggi kepada Sabah kerana kita mahu kemajuan itu dirasa oleh rakyat terbanyak, tidak hanya segelintir yang berkuasa,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *