





Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
9 NOV. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kekuatan negara ini bergantung pada kesatuan dan bersama bertekad untuk memajukan ekonomi dan menjamin kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata bukan soal kita kecil atau besar, atau siapa lebih bising atau lebih hero, tetapi bagaimana kita bersama mengangkat martabat negeri dan negara agar terus dihormati di pentas dunia.
“Justeru, saya sebut juga perjuangan ini lebih besar daripada mana-mana individu,” kata beliau dalam hantaran di FB.
SESI RAMAH MESRA
Terdahulu beliau berucap merasmikan Sesi Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Persatuan Industri Sabah di Kota Kinabalu, malam tadi.
Lantaran itu, kata beliau Sabah dan Kerajaan Persekutuan mesti bergerak sederap; membuka peluang, menjamin serta menambah pekerjaan, tingkatkan pelaburan dan pastikan anak-anak kita menikmati masa depan yang lebih cerah.
“Fokus kita jelas iaitu ekonomi, pekerjaan, pendidikan dan masa depan rakyat,” tambah beliau. – JM
