Malaysia perlu dikenali hab reka bentuk, pembangunan semikonduktor bertaraf dunia – PMX

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
6 NOV. 2025

Sudah tiba masanya Malaysia terus melonjak ke hadapan untuk dikenali sebagai hab reka bentuk dan pembangunan semikonduktor bertaraf dunia, serta destinasi pilihan utama pelabur global.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak boleh lagi untuk berpuas hati dengan sistem lama yang terlalu selesa.

Beliau juga menekankan bahawa kejayaan sesebuah negara bergantung kepada kecekapan dan kepantasan pasukannya dalam melaksanakan pembaharuan,

NADI PENTING EKONOMI

“Ini termasuklah dalam industri semikonduktor yang menjadi nadi penting ekonomi masa depan,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Sebelum itu Perdana Menteri telah merasmikan Malaysia Semiconductor IC Design Park 2.

Beliau berkata inisiatif ini merangkumi pelan menyeluruh.

“Ia harus memberi tumpuan kepada penyediaan tenaga mahir, penubuhan pusat latihan dan kecemerlangan, penyediaan insentif strategik, serta kemudahan sokongan yang memperkukuh rantaian nilai industri semikonduktor negara,” kata beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *