ASEAN terus komited untuk menjadi jambatan kerjasama dan persefahaman – PMX

Wartawan JM
Foto: Shahnaz Fazlie, Fath Rizal, Izzuddin Abd Radzak
28 OKT. 2025

ASEAN terus komited untuk menjadi jambatan kerjasama dan persefahaman, bukan sahaja dalam bidang ekonomi dan perdagangan, tetapi juga dalam aspek sosial, budaya dan pembangunan mampan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam konteks ini, amat dihargai peranan China yang konsisten dan konstruktif dalam menyokong usaha membina kestabilan serantau, memperkukuh rangka kerja ekonomi yang saling menguntungkan serta memupuk semangat kejiranan baik yang menjadi asas keamanan rantau ini.

“Sewaktu mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN–China ke-28 bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, saya tekankan ini platform dan wadah penting dalam memperkukuh hubungan strategik yang telah lama terjalin antara ASEAN dan China,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar juga menegaskan kedudukan sentraliti ASEAN adalah berasaskan perpaduan, saling percaya, serta keterlibatan berterusan negara-negara anggotanya dalam memastikan rantau ini kekal stabil, aman dan sejahtera. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *