



Wartawan JM
Foto: Fath Rizal, Shahnaz Fazlie
28 OKT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Li Qiang meninjau model terbaharu Proton Saga dan Proton e.MAS 5, yang menjadi simbol keakraban hubungan Malaysia dan China dalam memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan industri automotif serta inovasi teknologi.
Beliau berkata hubungan ini terus berkembang kukuh, mencerminkan keazaman bersama untuk melangkah ke hadapan bukan sahaja dalam sektor automotif, tetapi juga dalam bidang baharu seperti ekonomi digital, tenaga hijau dan mobiliti pintar, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama dalam rantaian nilai automotif serantau ASEAN. – JM
