Malaysia-Rusia mesyuarat dua hala bagi memperkukuh hubungan dua hala – PMX

Wartawan JM
Foto: Afiq Hambali, Fath Rizal
28 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dan mesyuarat dua hala bersama Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Rusia Alexey Overchuk dalam kerangka memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Rusia.

Beliau berkata kedua pihak berbincang mengenai pendidikan, perdagangan dan pelaburan, termasuk usaha memudahcara urusan pembayaran rentas sempadan.

Anwar menjelaskan selain itu turut sentuh tentang kerjasama di sektor tenaga, bagi penerokaan sumber tenaga yang lebih cekap dan mampan.

PELUASAN LALUAN PENERBANGAN

“Kami juga berbincang mengenai potensi peluasan laluan penerbangan Rusia ke Malaysia bagi meningkatkan aliran kemasukan pelancong,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar berkata Malaysia akan terus menggalakkan pemerkasaan hubungan dengan Rusia berteraskan prinsip saling hormat dan manfaat bersama, seiring peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam mengangkat suara, keseimbangan dan kepentingan rantau ini di persada global. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *