Malaysia-Republik Korea bersetuju perkukuh hubungan dua hala – PMX

Wartawan JM
Foto: Shahnaz Fazlie
27 OKT. 2025

Malaysia-Republik Korea bersetuju untuk terus memperkukuh hubungan dua hala sempena ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik tahun ini, berasaskan kerjasama Strategik yang telah dimeterai pada tahun 2024.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan beliau dengan Presiden Lee Jae Myung juga tertumpu kepada usaha pengukuhan dan peluasan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pertahanan, infrastruktur serta pembangunan bandar pintar termasuk sektor baharu seperti teknologi hijau, kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital.

MEMACU PERTUMBUHAN MAMPAN

Jelas beliau Malaysia menghargai sokongan berterusan Republik Korea dalam memacu pertumbuhan mampan demi manfaat bersama kedua-dua negara.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Lee dalam menerajui penganjuran APEC 2025 yang bakal memperkukuh integrasi ekonomi serantau dan kerjasama global,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Anwar mengadakan pertemuan dengan Lee sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *