Dialog ASEAN–Republik Korea jadi contoh kerjasama berasaskan kepercayaan – PMX

Wartawan JM
Foto: Afiq Hambali, Fath Rizal
27 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa selama lebih tiga dekad, hubungan dialog ASEAN–Republik Korea menjadi contoh kerjasama berasaskan kepercayaan, saling menghormati dan manfaat bersama.

Beliau berkata hubungan itu kini telah berkembang menjadi Perkongsian Strategik Komprehensif lantas mencerminkan keyakinan mendalam dan nilai jalinan yang kukuh antara kedua-dua pihak.

“Kita bertemu pada ketika dunia berdepan cabaran besar termasuk gangguan teknologi, persaingan strategik, rantaian bekalan yang terganggu serta tekanan terhadap sistem perdagangan pelbagai hala,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

Terdahulu Anwar berucap pada pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN–Republik Korea sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bermula hari ini.

BERDEPAN CABARAN BESAR

“Kita bertemu pada ketika dunia berdepan cabaran besar termasuk gangguan teknologi, persaingan strategik, rantaian bekalan yang terganggu serta tekanan terhadap sistem perdagangan pelbagai hala,” kata beliau.

Dalam suasana ini, beliau berkata ASEAN dan Republik Korea kekal berpandangan bahawa kemajuan hanya dapat dicapai melalui semangat kerjasama dan saling percaya.

Jelas beliau penyertaan sulung Presiden Republik Korea, Lee Jae Myung, sebagai rakan penting ASEAN dalam persidangan ini diharap dapat memperkukuh lagi hubungan dan kerjasama strategik antara Republik Korea dan negara-negara sahabat ASEAN dalam pelbagai bidang. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *