PMX, isteri raikan sambutan Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2025

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
18 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama ribuan rakyat pelbagai kaum serta penganut Hindu meraikan sambutan Rumah Terbuka Deepavali MADANI 2025 dalam suasana penuh ceria, harmoni dan kekeluargaan.

Selain saling bertegur sapa, bergambar kenangan dan menikmati hidangan tradisional, persembahan kebudayaan yang dipersembahkan turut menyerikan lagi kemeriahan sambutan kali ini hatta menggambarkan keindahan Malaysia yang majmuk.

“Dalam ucapan saya, saya menegaskan bahawa perpaduan dan kebersamaan adalah teras kepada kekuatan negara,” kata Anwar dalam hantaran di FB.

DISEMAI DAN DIPELIHARA

Beliau menjelaskan kepelbagaian demografi dan budaya bukan sekadar menjadikan Malaysia unik, tetapi merupakan anugerah yang perlu terus disemai dan dipelihara bagi menjamin keamanan serta kesejahteraan yang berpanjangan.

“Kita mesti terus menghargai nikmat yang telah dikecapi bersama dengan menjaga hati dan perasaan antara satu sama lain, walaupun berbeza agama, kaum atau bangsa,” tegas beliau.

Jelas beliau hanya dengan saling menghormati dan memahami, kita mampu membina Malaysia yang benar-benar aman dan bersatu padu. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *