PMX hadir Kenduri Rakyat Bersama Warga Sekolah Pondok di Ipoh

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
12 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Kenduri Rakyat Bersama Warga Sekolah Pondok sebagai menyantuni para pelajar, pendidik dan masyarakat setempat.

Beliau akui kagum melihat kemudahan dan infrastruktur di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan.

“Sekolah pondok ini bukan sahaja selesa tetapi juga mampu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperkukuh pembelajaran serta pembentukan sahsiah pelajar,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Dalam ucapan, beliau juga menekankan bahawa pondok di Malaysia, pesantren di Indonesia, zawiyah dan ma‘had di negara lain, semuanya mempunyai sejarah panjang dan peranan besar dalam membina tamadun bangsa.

LAHIRNYA INSAN BERILMU

Beliau menjelaskan di institusi seperti inilah lahirnya insan berilmu, berakhlak dan berjiwa merdeka.

Malah kata beliau di sinilah juga tertanam semangat menentang penjajahan, mempertahankan maruah serta memperkukuh jati diri umat.

“Anak muda hari ini perlu memahami bahawa kekuatan sesuatu bangsa tidak hanya terletak pada kekayaan atau kuasa, tetapi pada ilmu, iman dan nilai perjuangan yang diwariskan oleh institusi seperti pondok dan pesantren ini,” tambah beliau.

Sehubungan itu tegas beliau warisan ilmu dan semangat ini perlu terus kita hidupkan, agar akar budaya, akidah dan jati diri bangsa kekal teguh dalam menghadapi cabaran dunia moden. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *