PMX rasmi Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2025 di Ipoh

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
11 OKT. 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2025 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak.

Dalam ucapan, beliau menekankan bahawa sukan adalah wadah penyatuan yang menyatukan kita semua tanpa mengira warna kulit, bahasa atau asal usul.

“Di padang, gelanggang dan trek, kita berdiri sebagai satu bangsa: Malaysia,” kata beliau dalam hantaran di FB.

Beliau berkata sukan bukan sekadar medan untuk mencari kemenangan, tetapi ruang untuk membina semangat, disiplin dan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Kerajaan akan terus memperkukuh sokongan agar semangat kesukanan terus subur, bukan hanya untuk melahirkan juara, tetapi juga untuk membina masyarakat yang berdisiplin, bersemangat dan bersatu hati.

“Marilah kita bersama menjadikan sukan sebagai jambatan perpaduan, medan persaudaraan dan lambang kekuatan Malaysia MADANI,” tambah beliau. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *