





Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
6 OKT. 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Pakistan, Mian Shehbaz Sharif
menghadiri majlis jamuan tengah hari di Kompleks Seri Perdana yang diserikan dengan persembahan tarian serta kebudayaan yang memukau, memperlihatkan kekayaan warisan seni dan kepelbagaian budaya kedua-dua negara.
“Sesi santai ini bukan sahaja menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan, tetapi turut menjadi wadah memperkenalkan keindahan identiti kebangsaan kepada delegasi Pakistan,” kata beliau dalam hantaran di FB.
“Mudah-mudahan, hubungan erat yang terjalin antara Malaysia dan Pakistan akan terus diperkasa demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama, membawa manfaat yang berpanjangan kepada rakyat kedua-dua negara,” tambah Perdana Menteri lagi. – JM
