






Wartawan JM
24 SEPT. 2025
Sektor hartanah di Pulau Pinang mencatatkan peristiwa penting dengan pelancaran rasmi Westin Residences Pulau Pinang setinggi 69 tingkat – bangunan kediaman tertinggi di utara Malaysia, yang direka dengan struktur kalis gempa bumi.
Pelancaran itu disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di galeri jualan projek itu di Persiaran Gurney, Pulau Pinang.
Baginda diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Yang turut hadir, Naib Presiden
Pembangunan Hotel Asia Pasifik Marriott International Andree Susilo.
SUSULAN KEJAYAAN KERJASAMA
Dalam satu kenyataan yang diedarkan ketika pelancaran itu, Pengarah Urusan Kumpulan Westin Residences Pulau Pinang Datuk Yeoh Yih Sean berkata projek itu adalah susulan kejayaan kerjasama sebelum ini dengan Marriott International, termasuk Marriott Hotel dan Marriott Residences, Pulau Pinang.
Katanya, projek itu telah merekodkan kadar penghunian sebanyak 75 peratus sejak pelancaran awalnya.
“Sambutan yang menggalakkan ini merupakan bukti jelas kepada permintaan yang semakin meningkat bagi kediaman berjenama yang menyediakan gaya hidup yang berkualiti dan perkhidmatan jenama yang dipercayai,” katanya.
Yeoh berkata pembeli boleh memilih daripada pelbagai jenis unit, daripada 1,033 kaki persegi ke 3,670 kaki persegi, dengan harga bermula daripada RM2,000 setiap kaki persegi. – JM
