PMX pelawa PM baharu Thailand berkunjung ke Malaysia

Wartawan JM
Foto Pejabat Perdana Menteri (PMO)
19 SEPT. 2025

Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim telah bercakap dengan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul, untuk melakukan kunjungan ke Malaysia selepas beliau memulakan tugas secara rasmi sebagai Perdana Menteri Thailand.

Kunjungan itu antaranya bagi mempererat hubungan baik kedua-dua negara,

“Kami membincangkan mengenai perkembangan terkini di sempadan Thailand-Kemboja,” kata beliau dalam hantaran di FB.

SEMUA PIHAK MENGEKALKAN

Beliau juga menekankan penting bagi semua pihak mengekalkan ketenteraman dan tidak membiarkan sebarang perbezaan mencetuskan ketegangan yang tidak perlu, kata

“Saya menyeru agar segala isu yang timbul dibawa ke meja rundingan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC),” tambah beliau.

Malaysia percaya bahawa semangat dialog, diplomasi dan persefahaman adalah jalan terbaik untuk menjamin keamanan dan kestabilan serantau.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *