





Wartawan JM
17 SEPT. 2025
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Yang DiPertua Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) hadir bagi merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Karnival Puteri MADANI sempena Hari Puteri Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Kompleks Darul Puteri.
Majlis yang telah dihadiri oleh 1,000 orang puteri-puteri PPIM ini turut diisi dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang telah dipertandingkan.
Turut hadir bersama, Bendahari Kehormat PPIM Prof. Emeritus Datuk Dr. Azizan Baharuddin, serta Tengku Datuk Indera Nurul Kamalia Tengku Besar Tengku Kamil Ismail, mewakili Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM.
“Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran karnival ini,” kata Dr Wan Azizah dalam hantaran di FB. – JM
