

Oleh Noraini Nordin
Exco kerajaan negeri Perak, Sandrea Ng berkata, selepas ulangtahun pertama pembentukan kerajaan, fokus yang sepatutnya ialah bagaimana hendak memperkasakan lagi agenda wanita dalam tempoh masa 4 tahun akan datang.
Ini kerana, kata beliau, penglibatan kaum wanita negara ini dalam bidang ekonomi dan politik khususnya, masih lagi ketinggalan di mana kedudukan Malaysia hanya berada di tangga 103 daripada 146 negara dalam Indeks Jurang Gender Dunia.


βKedudukan kita bukan sahaja jauh ketinggalan di peringkat dunia, malah berbanding dengan negara-negara Asean yang lain.
βIsu utama yang menyebabkan kedudukan kita jauh ketinggalan adalah tahap penyertaan wanita dalam bidang ekonomi dan politik yang masih rendah.
βPenyertaan tenaga buruh wanita hanya mencapai 55.6% pada tahun 2022, manakala lelaki adalah pada tahap 82.5%.
βDi bawah kerangka Ekonomi Madani, kerajaan telah meletakkan sasaran 60% bagi penyertaan tenaga buruh wanita dan dalam hal ini Wanita Keadilan harus memastikan hasrat Perdana Menteri itu dapat direalisasikan dalam tempoh 4 tahun yang akan datang.



βDalam sektor politik, penglibatan wanita hanya 15.6% berbanding lelaki pada kadar 84.4 %. Banyak faktor yang masih menghalang wanita daripada giat mengambil bahagian dalam arena politik.
βMalah masih terdapat ketidakseimbangan dan ketidakadilan dalam pelbagai segi kehidupan termasuk tempat kerja, pendidikan, dan di dalam masyarakat kita ekoran daripada tahap sensitiviti gender yang rendah itu.
βInilah cabaran utama yang perlu kita atasi untuk mengangkat agenda wanita di Malaysia,β tegasnya.
Beliau mengingatkan, KEADILAN adalah parti politik pertama di negara ini yang memaktubkan sasaran 30% penglibatan wanita dalam semua peringkat.
βUntuk itu, Wanita KEADILAN perlu terus memainkan peranan dalam pembangunan kapasiti wanita melalui inisiatif kerajaan sedia ada, baik latihan dan bengkel, penguasaan sains dan teknologi maklumat, mahupun pencerahan politik bagi golongan hawa khususnya generasi wanita muda,β ujarnya ketika berucap di Kongres Nasional Tahunan Wanita Ke 17 di PICC, Putrajaya – Sabtu lalu.
Sandrea yang juga Adun Teja berkata, pemimpin Wanita Keadilan kini memimpin sistem pendidikan negara, menerajui sistem kesihatan negara, menjaga usahawan dan koperasi negara, menjaga kos sara hidup negara kita dan semua kementerian yang dikuasai itu dekat dengan hati golongan wanita.
βInilah masanya kita harus memanfaatkan segala platform, sumber dan peluang yang ada untuk mempercepatkan pelaksanaan reformasi berkaitan wanita.
βKita harus nyahkan segala persepsi negatif, kita harus bangkit dan lawan gejala buli dan segala sekatan ke atas kaum wanita.
βYang paling penting adalah kita harus sentiasa peka untuk memperluaskan pengaruh wanita dan membawa perubahan.
βAyuh terus kita bersatu hati, melipatgandakan usaha untuk membawa perubahan dan merealisasikan agenda reformasi, seterusnya sama-sama kita Memaknai Reformasi, Menjulang Madani,β tambah beliau lagi yang juga Exco Majlia Pimpinan Wanita Pusat.
