



Wartawan JM
1 OGOS 2025
Ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Fahmi Fadzil telah mengadakan perbincangan dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan wakil-wakil pemaju di Parlimen semalam, bagi merangka strategi jangka pendek dan jangka panjang untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Jalan Bangsar.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata Bangsar pula merupakan kawasan yang sedang membangun dengan begitu pesat.
“Maka, setiap projek baharu mesti dirancang dengan teliti agar manfaatnya dirasai oleh rakyat, sambil memastikan kesejahteraan penduduk setempat dipelihara,” kata Fahmi dalam hantaran di FB.
“Dengan komitmen padu daripada semua pihak, kita boleh mencari penyelesaian yang bukan sahaja berkesan untuk mengurangkan kesesakan, tetapi juga mengekalkan Bangsar sebagai kawasan tersusun, selesa dan kondusif untuk didiami,” jelas Fahmi. – JM
