

Wartawan JM
1 OGOS 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, telah mengesahkan akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 di Kuala Lumpur pada Oktober depan.
Beliau berkata, pengesahan itu dibuat dalam perbualan telefon bersama Trump jam 6.50 pagi tadi (31 Julai).
Anwar berkata, Trump juga bersetuju untuk mengumumkan kadar tarif baharu yang melibatkan Malaysia pada Jumaat (1 Ogos).
Beliau berkata, perbincangan soal tarif atas semangat dan prinsip perdagangan bebas.
PELBAGAI SIRI RUNDINGAN
Selain itu katanya, keduanya juva berbincang mengenai pelbagai siri rundingan yang digerakkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersama dengan pihak Perwakilan Perdagangan AS (USTR) dan juga Setiausaha Perdagangan AS.
“Setelah perbincangan itu dan beberapa penjelasan yang saya sampaikan, beliau (Trump) memutuskan untuk menangguh pengumuman keesokannya dan kadar tarif akan diumum esok (1 Ogos),” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke Tiga Belas (RMK13) di Dewan Rakyat, hari ini (31 Julai). – JM
