












30 Julai 2025
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena sambutan Hari Pahlawan bagi tahun 2025 di Masjid Negara, hari ini (30 Julai).
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri; Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan YAB Dato’ Sri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri.
Turut hadir, Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan; Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan Dato’ Sri Mohd Khalid Ismail, Ketua Polis Negara.
Majlis bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat yang dihadiri kira-kira 2000 tetamu telah dipimpin oleh Tuan Haji Ehsan Mohd Hosni, Imam Besar Masjid Negara.
Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan bersalaman dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum berangkat meninggalkan majlis.
