






Oleh Wartawan JM
30 Julai 2025
Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim hari ini telah menerima penyerahan rasmi dokumen Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13), yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok.
Beliau berkata, penyerahan dokumen tersebut menandakan berakhirnya fasa penyediaan rancangan pembangunan lima tahun negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.
PMX berkata, RMK-13 disusun sebagai pelan pembangunan menyeluruh dengan fokus untuk mengangkat martabat secara adil dan saksama tanpa ada mana-mana kumpulan yang dipinggirkan.
Jelas beliau , penyediaannya melibatkan sesi libat urus meluas bersama pelbagai pemegang taruh merentasi sektor, latar belakang dan wilayah, termasuk kerajaan-kerajaan negeri, demi memastikan suara rakyat benar-benar diangkat dalam perancangan masa depan negara.
” Insya-Allah, saya akan membentangkan usul RMK-13 di Dewan Rakyat esok.
” Kerajaan MADANI amat mengalu-alukan perbahasan dan cadangan konstruktif daripada semua Ahli Parlimen demi memperkukuh dasar dan hala tuju yang digariskan, ” kata beliau dalam kenyataan rasmi yang disiarkan dalam media sosial (FB Anwar Ibrahim) petang ini.
