SPRM PERKASA MESEJ ANTIRASUAH KEPADA SYARIKAT BERKEPENTINGAN KERAJAAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN DAN PELABURAN HARTANAH MELALUI ENCORP BERHAD

PETALING JAYA, 29 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited meneruskan usaha memperkukuh kesedaran antirasuah dalam pemerkasaan tadbir urus organisasi korporat berfokus kepada syarikat berkepentingan kerajaan (SBK) dalam sektor pembinaan dan pelaburan hartanah melalui ENCORP Berhad yang merupakan anak syarikat milikan penuh FELDA dengan seliaan sepenuhnya Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Program ini dimulakan dengan penganjuran bengkel yang telah berlangsung selama duanhari iaitu pada 23 dan 29 Julai 2025 bertempat di Ibu Pejabat ENCORP Berhad.

Seramai 115 orang peserta dari pelbagai lapisan pengurusan telah menyertai bengkel ini.

Pengisian bengkel merangkumi sesi perkongsian Kesalahan Utama Rasuah di bawah Akta SPRM 2009 dan Seksyen 17A Liabiliti Korporat oleh Ps Thilak a/l Munusamy.

Selain turut membincangkan dan mengupas contoh senario kes yang releven dengan industri bersandarkan kepada polisi dan prosedur syarikat dalam prinsip T.R.U.S.T Liabiliti Korporat.

Kemuncak penutupan bengkel diadakan Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah yang diketuai oleh Pengerusi ENCORP Berhad, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff disaksikan oleh PPj Tan Li Chu, Ketua Seksyen GLC, Cawangan Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM.

Turut diadakan pameran daripada Cawangan Publisiti SPRM.

RancakkanMADANI

MADANIbekerja

SPRMPencegahan

SPRMMalaysia

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *