



PUTRAJAYA, 30 Julai – SPRM telah berkongsi mengenai Peranan, Isu, Cabaran dan Inisiatif Antirasuah kepada pegawai-pegawai Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) UTM sempena lawatan mereka ke Ibu Pejabat SPRM, hari ini.
Khairani Ibrahim, Timbalan Pendaftar MJIIT-UTM telah mengetuai delegasi 28 orang peserta merakamkan penghargaan atas perkongsian yang disampaikan oleh PPj Muhammad Zaim Mohd Zuki, Penolong Pesuruhjaya Cawangan Agensi, Bahagian Pendidikan Masyarakat dan berharap agar lawatan ini dapat memberi pengetahuan yang lebih mendalam kepada pegawai-pegawai MJIIT-UTM mengenai kepentingan pembudayaan nilai serta tatakelola yang baik bagi mengukuhkan integriti, akauntabiliti, ketelusan dan keadilan dalam setiap aspek pengurusan dan pentadbiran organisasi perkhidmatan awam.
Terdahulu, peserta turut dibawa ke sekitar fasiliti bangunan lbu Pejabat SPRM termasuk Konti Radio MACC.fm, Mess Pegawai, Gimnasium, Padang Kayangan Aras 7 serta, Sky Bridge Aras 11.
