Fahmi lancar Hari Terbuka IPPTAR 2025

Wartawan JM
25 JUN 2025

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil merasmikan Hari Terbuka Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) 2025 yang menawarkan program khusus dalam bidang media dan teknologi kejuruteraan penyiaran di negara ini.

Hari Terbuka IPPTAR bertemakan “Kuasa Komunikasi Suara Generasi” ini membuktikan IPPTAR sebagai Pusat Latihan Nasional dalam bidang penyiaran, komunikasi dan media, sejajar dengan keperluan era digital kini.

“IPPTAR memainkan peranan penting dalam membentuk suara generasi masa hadapan yang mahir, bijak, beretika dan bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat,” kata Kementerian Komunikasi dalam hantaran di FB.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengarah IPPTAR, Roslan Ariffin. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *