Dr Wan Azizah serah 65 ekor lembu qurban peringkat Parlimen Bandar Tun Razak

6 JUN 2025

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Lembu Qurban sempena Aidiladha peringkat kawasan Parlimen Bandar Tun Razak di Masjid Zaid Bin Thabit, Desa Tun Razak.

Sebanyak 65 ekor lembu qurban telah diserahkan kepada 61 penerima yang terdiri daripada masjid-masjid, surau-surau, NGO, serta persatuan-persatuan penduduk di sekitar kawasan Bandar Tun Razak.

Lembu-lembu tersebut merupakan hasil sumbangan daripada pelbagai pihak yang telah disalurkan melalui Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak.

“Semoga segala usaha kita ini diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan diakhirat,” kata Dr Wan Azizah dalam hantaran di FB. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *