Fahmi rasmi WTISD 2025, GICT, Ulang Tahun Ke-160 ITU

Oleh: Sholina Osman
17 MEI 2025

Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menganjurkan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi
Sedunia (WTISD) 2025, Girls in ICT (GICT) serta Ulang Tahun ke-160 Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil telah merasmikan majlis berkenaan di Cyberjaya.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Pengerusi Eksekutif MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh lDin; dan ITU Area Representatives for Southeast-Asia and Other Member States in
Asia and the Pacific, Kishore Babu Yerraballa.

PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kenyataan media MCMC memaklumkan WTISD ini dianjurkan pada 17 Mei setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembangunan global serta pembentukan suasana masyarakat lebih inklusif dan saksama.

GICT pula memberi tumpuan kepada pemerkasaan wanita dalam bidang teknologi.

Majlis ini menghimpunkan pelbagai pihak termasuk golongan belia sebagai platform untuk meneroka peranan transformasi digital dalam memacu keterangkuman,
kesaksamaan gender dan pembangunan lestari selaras dengan tema WTISD 2025,
‘Kesaksamaan Gender dalam Transformasi Digital’.

TERMASUKLAH SESI DISKUSI

Antara pengisian majlis termasuklah sesi diskusi bertajuk “The Future of Connectivity:Advancing Digital Inclusion Through Transformative Technologies” dan “Borderless
Connectivity: How ICT Can Drive Sustainability, Equality & Safety”.

Sesi “pocket talk” dengan tema “Wanita dalam ICT untuk Transformasi Digital Inklusif” turut diadakan bagi mengetengahkan kemajuan Malaysia memperkasa wanita dalam sektor ICT, selain menekankan komitmen kerajaan terhadap pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

Setem kenangan khas juga dilancarkan bersempena dengan ulang tahun ke-160 ITU. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *