Malaysia ambil pendekatan teliti, berhemah tangani isu tarif AS – PMX

7 MEI 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengambil pendekatan yang teliti dan berhemah dalam menangani isu tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), dengan mengutamakan rundingan diplomatik serta kerjasama serantau.

Beliau berkata, pendekatan ini dilaksanakan secara tenang dan seimbang, dengan tujuan utama untuk melindungi kepentingan negara serta memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi.

“Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia memainkan peranan aktif dalam memperkukuh hubungan dengan AS serta rakan dagang utama seperti China dan Kesatuan Eropah (EU),” katanya dalam hantaran di FB.

PELUANG PERDAGANGAN BAHARU

Dalam masa yang sama katanya, kerajaan turut meneroka peluang perdagangan baharu dengan negara-negara ekonomi sedang pesat membangun seperti Rusia dan Brazil, sebagai sebahagian daripada usaha mempelbagaikan pasaran eksport negara.

Beliau berkata, pendekatan ini sejajar dengan strategi ekonomi jangka sederhana negara yang memberi tumpuan kepada kestabilan makroekonomi, daya tahan perdagangan global, dan peningkatan pelaburan langsung asing (FDI), demi memastikan kemakmuran yang inklusif dan mampan untuk seluruh rakyat. – FB

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *