PMX pengerusikan Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia ke-8 2025

6 MEI 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) ke-8 2025 bersama enam menteri Kabinet dan pegawai tertinggi perkhidmatan awam.

Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pembentangan mengenai Halatuju dan Inisiatif Transformasi Sistem Pembiayaan Kesihatan secara berfasa serta cadangan penubuhan Dana Kesihatan Nasional.

“Perbincangan kami tertumpu pada keperluan menstruktur semula sistem pembiayaan sedia ada agar lebih mampan, terangkum dan berkesan untuk jangka panjang, seperti mana yang digariskan dalam Kertas Putih Kesihatan,” katanya dalam hantaran di FB.

PENTINGNYA TADBIR URUS

Beliau berkata, ia juga menekankan pentingnya tadbir urus, perolehan dan pelaksanaan yang berkesan dan peranan pelbagai kementerian, khususnya Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan dalam merangka pelaksanaan seterusnya.

Katanya, mesyuarat turut meneliti Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025–2045 yang dibentangkan oleh Kementerian Ekonomi.

“Saya mengambil maklum langkah-langkah awal yang sedang dilaksana untuk menghadapi cabaran populasi menua, termasuk mekanisme tadbir urus rentas kementerian yang lebih menyeluruh dan bersepadu,” katanya. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *