



Oleh: Sholina Osman
29 APRIL 2025
Seorang figura dakwah, Muhamad Luthffi Ameer Abdullah mahu terus berkhidmat sebagai guru, pendidik dan pendakwah walaupun sudah bersara.
Jawatan terakhir Muhamad Luthffi Ameer, 59 adalah sebagai Pensyarah Utama, Jabatan Pengajian Am di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzamShah (POLIMAS), Jitra, Kedah.
Bapa kepada lima anak dan seorang cucu itu ditemui selepas menerima anugerah penghargaan dalam Perhimpunan Bulanan: Syawal Dirai, Jasa Dihargai dan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri peringkat POLIMAS1446H/2025M semalam.
Selain itu memegang jawatan tugas sampingan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pusat Islam dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Pusat Islam POLIMAS (NGO).
LEBIH 30 TAHUN
Beliau yang telah berkecimpung dalam bidang pendidikan selama lebih 30 tahun menganggap bidang perguruan dan dakwah sudah sebati dengan dirinya.
Bapa kepada lima anak dan seorang cucu itu ditemui selepas menerima anugerah penghargaan dalam Perhimpunan Bulanan : “Syawal Di Rai, Jasa Dihargai dan Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri peringkat POLIMAS1446H/2025M semalam.
Sebelum bertugas di POLIMAS beliau pernah menjadi guru sambilan di sekolah agama antaranya Sekolah Agama Al-Falah, Kangkong, Kedah, Sekolah Menengah Nahdzah, Bukit Besar, Kedah, danMaahad Mashoor Al-Islami, Pulau Pinang.
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan memulakan tugas di Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Ulu Tiram, Johor Bahru tahun 1994.
Sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) beliau telah berkhidmat sebagai Pensyarah, Pensyarah Kanan, Ketua Kursus Unit Pendidikan Islam dan Moral, Penolong Ketua Jabatan.
Selain itu, beliau juga aktif sebagai pengkuliah dan penceramah agama bertauliah di Kedah, Pembimbing Ibadat Haji (PEKTA), Lembaga Tabung Haji serta Guru Agama dan Mutawwif bagi Tabung Haji Travel and Services (THTS).
SEBAGAI SEORANG PENDIDIK
“Walaupun sudah bersara tetapi semangat dan jiwa saya sebagai seorang pendidik tidak pernah luntur untuk mengarus perdanakan kesinambungan khazanah keilmuan dan peradaban untuk kemaslahatan dan kesejahteraan hidup duniawi dan ukhrawi mengecapi nikmat karamah insaniah,” ujarnya.
Muhamad Luthffi Ameer yang dilahirkan pada 11 Ogos 1966 di Kampung Alor Ibus, Mukim Tebengau, Kuala Kedah adalah anak sulung dari empat adik beradik.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Tebengau, Kuala Kedah dan pendidikan menengah di Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah.
Seterusnya beliau menyambung pengajian di Universiti Al Azhar, Kaherah Mesir (1986-1992) dalam bidang Usuluddin, Syu’bah Dakwah dan Thaqafah Islamiah.
Beliau kemudiannya menyambung pengajian Diploma Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). – JM
