
Petikan FB Anwar Ibrahim
27 APRIL 2025
Sempena sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ke-91, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga TLDM atas jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Selama lebih sembilan dekad, TLDM telah menunjukkan komitmen, disiplin, dan profesionalisme yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan maritim Malaysia.
Kecekalan dan semangat juang anggota TLDM menjadi benteng utama dalam memastikan negara kita aman dan sejahtera.
Saya mendoakan agar TLDM terus maju, diperkasa dengan teknologi dan kepakaran semasa, serta terus menjadi angkatan laut yang disegani di rantau ini. – JM
