Fadhlina sampaikan ucaptama pada acara Empowering Education Summit 2025

22 APRIL 2025

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dijemput bagi menyampaikan ucaptama pada acara Empowering Education Summit 2025 anjuran Strategic Institute for Asia Pacific (KSI) pagi semalam.

Dalam ucaptama ini beliau berkongsi dengan para peserta yang terdiri daripada pakar pendidikan dan pemain industri mengenai usaha-usaha yang sedang dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi mereformasi pendidikan negara.

Fadhlina dalam hantaran di FB berkata, tema acara ini iaitu ‘Shaping ASEAN’s Future Through Skills and Innovation’ adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian untuk menyediakan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan dengan keperluan semasa dan akan datang.

“Saya tekankan mengenai hala tuju pendidikan negara pada waktu ini kepada kecerdasan buatan (AI), STEM dan TVET,” katanya.

Beliau berkata, ini penting bagi menyediakan tenaga kerja mahir negara pada masa hadapan.

Pada masa sama katanya, tumpuan perlu turut diberi kepada usaha memberi nilai tambah kepada murid termasuk dengan menguasai bahasa baharu dan kemahiran silang budaya bagi meningkatkan perhubungan dan komunikasi. – FB

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *