


Petikan FB Anwar Ibrahim
21 APRIL 2025
Malaysia dan China melakar sejarah baharu dengan termeterainya 31 perjanjian strategik yang merangkumi pelbagai bidang penting seperti keselamatan, teknologi digital, perdagangan, pengangkutan, pertanian, pendidikan, dan pelancongan.
Ini bukan sekadar kerjasama atas kertas, tapi satu usaha bersama untuk membawa lebih banyak peluang dan manfaat kepada rakyat.
Langkah ini bukti kesungguhan kerajaan dalam membina masa depan MADANI yang lebih makmur dan inklusif untuk semua. – JM
