






Petikan FB Anwar Ibrahim
11 APRIL 2025
Pada Sidang Kemuncak Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor ASEAN (AFMGM) ke-12, saya telah mengingatkan rakan-rakan sejawat dari negara tetangga bahawasanya kekuatan penuh ASEAN masih belum dimanfaatkan sepenuhnya.
Sebagai ekonomi kelima terbesar dunia dengan lebih 600 juta penduduk, ASEAN berpotensi untuk menjadi lebih utuh dan mekar sekiranya kita bersatu sebagai satu blok ekonomi, justeru apalah gunanya kita berseteru dan saling bersaing sesama sendiri, sedangkan kita mampu bangkit bersama.
MENJADI UJIAN LITMUS
Pembukaan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) boleh menjadi ujian litmus kepada pelaksanaan zon ekonomi rentas sempadan di rantau ini lantas saya tegaskan bahawa konsep ini boleh diperluaskan bukan sahaja di bandar-bandar utama, tetapi juga ke wilayah membangun dan desa.
Keberentakan landskap ekonomi global — khususnya akibat pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat — seharusnya membuka mata kita tentang keperluan ASEAN untuk kekal bersatu dan menggembeleng kudrat bersama dalam mengukuhkan asas ekonomi rantau ini. – JM
