



9 APRIL 2025
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempengerusikan Mesyuarat Pasca Kabinet bersama pengurusan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) petang ini (9 April 2025).
Beliau berkata, mesyuarat seperti ini amat penting untuk memastikan segala keputusan dan perbincangan di peringkat Jemaah Menteri dapat disampaikan terus kepada semua pihak di kementerian dan seterusnya dapat diterjemahkan dengan berkesan di peringkat pelaksanaan.
LTerima kasih kepada semua pegawai di KDN yang sentiasa menjadi tunjang utama dan tulang belakang yang membantu saya dalam merealisasikan agenda kementerian,” katanya dalam hantaran di FB. – JM
