Selamat Menyambut Hari Kesihatan Sedunia 2025 – Mohamad Sabu

Petikan FB Mohamad Sabu
8 APRIL 2025

Bang Mat mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kesihatan Sedunia 2025 kepada seluruh rakyat Malaysia dan komuniti kesihatan di seluruh pelosok dunia.

Tema sambutan tahun ini, “Permulaan Sihat, Masa Depan Cerah” menekankan kepentingan penjagaan kesihatan ibu dan anak sebagai asas utama kepada kesejahteraan komuniti dan pembangunan mampan negara.

Kesihatan ibu dan anak bukan sahaja mencerminkan tahap kemajuan sistem kesihatan sesebuah negara, malah menjadi penanda aras kepada keupayaan kita membina generasi yang sihat, cerdas dan berdaya saing.

PEMAKANAN YANG SEIMBANG

Bang Mat melihat hubungan yang sangat erat antara pemakanan yang seimbang dan kesihatan keluarga, khususnya golongan ibu dan kanak-kanak. Justeru, Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan akan terus berusaha memastikan bekalan makanan yang selamat, berkhasiat dan mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia, terutamanya golongan yang memerlukan.

Sempena Hari Kesihatan Sedunia ini, marilah kita memperbaharui komitmen untuk menjaga kesihatan dari peringkat awal kehidupan. Sesungguhnya, permulaan yang sihat akan melahirkan masa depan yang lebih cerah untuk negara kita.

Selamat Hari Kesihatan Sedunia 2025. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *