Ganti pasport percuma bagi mangsa kebakaran di Putra Heights

Oleh: Sholina Osman
3 APRIL 2025

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menawarkan penggantian Pasport Malaysia Antarabangsa secara percuma kepada mangsa insiden kebakaran paip gas di Putra Heights.

Kenyataan media JIM memaklumkan mangsa yang pasportnya hilang atau rosak akibat kebakaran boleh mengemukakan permohonan penggantian pasport tanpa sebarang bayaran di mana-mana Pejabat JIM yang berdekatan.

“Syarat bagi penggantian pasport percuma ini masih sah dengan tempoh sekurang-kurangnya enam
bulan,” kata kenyataan itu.

MEMBAWA PASPORT ASAL

Mangsa kena membawa pasport asal (sekiranya masih ada).

Selain itu, katanya disertakan juga salinan laporan Polis, Bomba atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Inisiatif ini bertujuan membantu mempermudah urusan mangsa yang pasportnya hilang atau rosak akibat kebakaran.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pemohon boleh hadir ke mana-mana Pejabat JIM yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat dan bantuan selanjutnya.

JIM terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik serta memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan dan semoga inisiatif ini akan dapat meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa-mangsa insiden. – JM

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *