Norway lapor serangan siber meningkat tiga kali ganda

OSLO, 28 Oktober – Agensi Keselamatan Negara Norway (NSM) melaporkan peningkatan tiga kali ganda dalam serangan siber yang berjaya menyasarkan organisasi di negara itu sepanjang tahun lalu, dengan beberapa insiden menjejaskan keselamatan negara.

Pengarah NSM, Arne Christian Haugstoyl, berkata serangan berkenaan membawa kesan serius, termasuk insiden terhadap sebuah majlis perbandaran di LΓΈrenskog yang menyaksikan sejumlah besar data dicuri dan ditawarkan untuk dijual di laman web gelap.

Dalam laporan awam pertamanya mengenai risiko keselamatan siber, NSM turut memberi amaran bahawa kecerdasan buatan (AI) membolehkan penjenayah siber melaksanakan serangan dengan lebih profesional, berskala besar dan menggunakan kaedah yang semakin meluas.

Laporan itu dikeluarkan ketika beberapa negara Eropah memberi amaran mengenai peningkatan peperangan hibrid yang dikaitkan dengan Rusia susulan perang di Ukraine. Bagaimanapun, NSM tidak mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan. – AFP

beritaterkini

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *