
Jangan mudah terpedaya dengan mesej jemputan perkahwinan yang diterima melalui WhatsApp, terutamanya daripada nombor yang tidak dikenali.
⚠️ 𝗠𝗢𝗗𝗨𝗦 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗗𝗜 (𝗠𝗢):
Penjenayah menyamar sebagai individu yang ingin menjemput anda ke majlis perkahwinan dengan menghantar fail APK (Android Package Kit) yang kononnya mengandungi kad jemputan digital.
Hakikatnya, fail tersebut berkemungkinan mengandungi aplikasi berbahaya yang boleh digunakan untuk mencuri maklumat peribadi, mendapatkan akses kepada peranti dan melakukan transaksi kewangan tanpa kebenaran.
🛡️ 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗚𝗔𝗛𝗔𝗡:
✅ Jangan muat turun atau pasang fail APK daripada sumber tidak dikenali.
✅ Sahkan identiti penghantar sebelum membuka sebarang pautan atau lampiran.
✅ Jangan berikan kebenaran akses SMS, notifikasi atau fungsi kebolehcapaian kepada aplikasi mencurigakan.
✅ Jangan dedahkan maklumat perbankan, kata laluan atau kod OTP/TAC kepada sesiapa.
✅ Sekiranya terlanjur memasang aplikasi mencurigakan, hentikan penggunaan perbankan pada peranti tersebut dan segera hubungi pihak bank melalui saluran rasmi.
🚨 𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗜𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡, 𝗛𝗨𝗕𝗨𝗡𝗚𝗜 𝗡𝗦𝗥𝗖 𝟵𝟵𝟳 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔!
📢 𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧! 𝗞𝗔𝗗 𝗝𝗘𝗠𝗣𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗟𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗣𝗟𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜!
Sentiasa berwaspada dan kongsikan maklumat ini kepada keluarga serta rakan-rakan agar tidak menjadi mangsa jenayah siber.
📌 Sumber: Balai Polis Selayang, Polis Selangor
𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗠𝗘𝗥𝗦𝗜𝗟 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥
