
Perkembangan teknologi 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗿𝗱𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 (𝗔𝗜) kini membolehkan wajah, suara dan video seseorang dihasilkan atau dimanipulasi sehingga kelihatan seolah-olah benar.
Teknologi 𝗗𝗘𝗘𝗣𝗙𝗔𝗞𝗘 boleh disalahgunakan oleh penjenayah untuk menyamar sebagai ahli keluarga, individu dikenali, pegawai kerajaan, pihak bank atau individu tertentu bagi memperdaya mangsa.
Antara taktik yang perlu diberi perhatian ialah 𝗽𝗮𝗻𝗴𝗴𝗶𝗹𝗮𝗻 𝘃𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗽𝗮𝗹𝘀𝘂, 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗿𝘂𝗮𝗻 𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮, penyamaran identiti serta penggunaan video atau testimoni palsu bagi mempromosikan skim pelaburan.
🔎 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞:
- Sahkan identiti individu melalui saluran rasmi.
- Jangan mudah percaya kepada video, suara atau mesej yang mencurigakan.
- Jangan sesekali berkongsi 𝗢𝗧𝗣, 𝗧𝗔𝗖, kata laluan atau maklumat perbankan.
- Berhati-hati sekiranya anda didesak untuk membuat bayaran atau tindakan segera.
⚠️ 𝗜𝗡𝗚𝗔𝗧 — wajah dan suara yang kelihatan atau kedengaran meyakinkan juga boleh dipalsukan.
Sekiranya anda menjadi mangsa penipuan, 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗡𝗦𝗥𝗖 𝟵𝟵𝟳 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗴𝗲𝗿𝗮 dan buat laporan kepada pihak berkuasa.
𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗔𝗬𝗔. 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗜𝗡𝗗𝗔𝗞.
