𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆

14 Ogos 2026

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air.

Ramai yang tidak menyedari kesalahan penggunaan bendera serta cara penggantungan yang tidak mengikut tatacara rasmi boleh mencerminkan kurangnya penghormatan terhadap simbol tertinggi negara.

Pastikan Jalur Gemilang sentiasa dikibarkan dengan kedudukan yang betul, bersih, tidak lusuh atau rosak serta digantung mengikut tatacara yang ditetapkan. Setiap perincian mencerminkan sejauh mana kita menghargai lambang kedaulatan negara.

Kerana di sebalik Jalur Gemilang tersimpan sejarah perjuangan, pengorbanan dan semangat sebuah bangsa yang membina Malaysia. Kibarkan dengan bangga. Hormati dengan penuh maruah. Hayati makna di sebalik setiap jalur dan warna.

Jalur Gemilang, lambang kita bersama.

JabatanPerdanaMenteri

RancakkanMADANI

AkuKasihMalaysia

MalaysiaMADANI

Pejabat Perdana Menteri Malaysia 🇲🇾
Shamsul Azri bin Abu Bakar

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *