
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pekerjaan yang menjanjikan gaji lumayan, kerja mudah dan keuntungan cepat, terutamanya yang diiklankan melalui media sosial, WhatsApp dan Telegram.
β οΈ Modus Operandi Scammer:
β Menawarkan kerja sambilan atau sepenuh masa dengan gaji yang tidak munasabah.
β Tidak memerlukan pengalaman atau temuduga.
β Mengarahkan mangsa membuat bayaran terlebih dahulu seperti yuran pendaftaran, deposit, pembelian pakej atau βtop upβ sebelum boleh memulakan kerja.
β Selepas bayaran dibuat, scammer menghilangkan diri atau terus meminta bayaran tambahan.
π Ingat!
β Jangan sesekali membuat bayaran untuk mendapatkan pekerjaan.
β Jangan berkongsi maklumat perbankan, TAC, OTP atau kata laluan kepada mana-mana individu.
β Semak terlebih dahulu kewujudan syarikat melalui sumber rasmi sebelum menerima sebarang tawaran kerja.
π Sebelum membuat sebarang transaksi, semak nombor telefon dan akaun bank melalui Portal Semak Mule:
π https://semakmule.rmp.gov.my
βοΈ Jika anda menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan penipuan, segera hubungi NSRC 997 atau tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.
