🚨 AWAS! TIPU TAWARAN KERJA 🚨

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap tawaran pekerjaan yang menjanjikan gaji lumayan, kerja mudah dan keuntungan cepat, terutamanya yang diiklankan melalui media sosial, WhatsApp dan Telegram.

⚠️ Modus Operandi Scammer:

βœ… Menawarkan kerja sambilan atau sepenuh masa dengan gaji yang tidak munasabah.

βœ… Tidak memerlukan pengalaman atau temuduga.

βœ… Mengarahkan mangsa membuat bayaran terlebih dahulu seperti yuran pendaftaran, deposit, pembelian pakej atau β€œtop up” sebelum boleh memulakan kerja.

βœ… Selepas bayaran dibuat, scammer menghilangkan diri atau terus meminta bayaran tambahan.

πŸ“Œ Ingat!

❌ Jangan sesekali membuat bayaran untuk mendapatkan pekerjaan.

❌ Jangan berkongsi maklumat perbankan, TAC, OTP atau kata laluan kepada mana-mana individu.

❌ Semak terlebih dahulu kewujudan syarikat melalui sumber rasmi sebelum menerima sebarang tawaran kerja.

πŸ”Ž Sebelum membuat sebarang transaksi, semak nombor telefon dan akaun bank melalui Portal Semak Mule:

🌐 https://semakmule.rmp.gov.my

☎️ Jika anda menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan penipuan, segera hubungi NSRC 997 atau tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *