𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐏 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆, 𝐀𝐃𝐀 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

PUTRAJAYA, 3 Ogos 2026 – Merah, putih, biru dan kuning kembali mewarnai ruang-ruang Jabatan Perdana Menteri (JPM), menandakan bermulanya semarak Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 di peringkat JPM.

Pemasangan Jalur Gemilang di bangunan-bangunan jabatan yang dilancarkan hari ini di Lobi Setia Perdana 8 bukan sekadar simbolik.

Ia adalah lambang sebuah negara yang kita junjung, sebuah tanah air yang kita cintai dan sebuah Malaysia yang kita bina bersama.

Setiap kibaran Jalur Gemilang mengingatkan kita bahawa kemerdekaan bukan sekadar sejarah yang dikenang, tetapi amanah yang perlu dipelihara dan diteruskan oleh setiap generasi.

Sebagai warga perkhidmatan awam, semangat patriotisme diterjemahkan melalui kesetiaan kepada negara, integriti dalam melaksanakan amanah dan komitmen memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Ayuh, warga JPM!

Kibarkan Jalur Gemilang. Semarakkan semangat kebangsaan. Hayati erti kemerdekaan.

Biarlah setiap sudut JPM dihiasi Jalur Gemilang dan setiap hati warga perkhidmatan awam disemai rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Kerana Malaysia bukan sekadar tempat kita berdiri Malaysia ialah tanah air yang kita cintai, kita jaga dan kita perjuangkan bersama.

Arkib

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *