
7 Jun 2026
Sindiket penipuan kini menggunakan taktik yang lebih licik. Mereka menawarkan pembantu rumah dengan bayaran deposit yang menarik dan dokumen yang kelihatan sah.
Lebih membimbangkan, pembantu rumah yang dihantar benar-benar hadir dan bekerja selama beberapa hari bagi meyakinkan mangsa. Namun selepas beberapa hari, pembantu rumah tersebut menghilangkan diri, manakala ejen tidak lagi dapat dihubungi. Mangsa bukan sahaja kehilangan wang deposit dan bayaran tambahan, malah berdepan kerugian yang besar.
🚨 Jangan biarkan penipu mengambil kesempatan atas kepercayaan anda. Sentiasa semak, sentiasa waspada, dan laporkan segera jika menjadi mangsa. Bersama-sama kita perangi jenayah scam!
⚠️ Modus Operandi:
✅ Menawarkan pembantu rumah dengan proses cepat.
✅ Meminta deposit dan bayaran tambahan atas pelbagai alasan.
✅ Pembantu rumah bekerja beberapa hari untuk mendapatkan kepercayaan mangsa.
✅ Pembantu rumah menghilangkan diri.
✅ Ejen dan agensi gagal dihubungi.
✔️ Semak lesen agensi terlebih dahulu.
✔️ Jangan membuat bayaran ke akaun peribadi.
✔️ Semak nombor telefon dan akaun bank melalui Semak Mule.
✔️ Simpan semua bukti transaksi dan perbualan.
📞 Jika menjadi mangsa penipuan, segera hubungi NSRC 997.
