
4 Jun 2026
đŹ âKDN akan terus memperkukuh penguatkuasaan bersepadu bagi melindungi kepentingan rakyat, menjamin kestabilan bekalan negara dan memastikan setiap bentuk ketirisan dapat dibanteras dengan tegas.â
~YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperhebat tindakan penguatkuasaan menerusi pendekatan Smart Enforcement bagi memastikan keselamatan ekonomi negara, kestabilan bekalan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
Sehingga 2 Jun 2026, operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh agensi-agensi penguat kuasa telah merekodkan RM48.05 juta nilai rampasan kumulatif, melibatkan 317 kes direkodkan dan 1,116 tangkapan hasil tindakan terhadap aktiviti ketirisan subsidi, penyeludupan serta jenayah rentas sempadan.
đ Pencapaian Operasi Kumulatif (12 April â 2 Jun 2026)
đ° RM48.05 JUTA
Nilai Rampasan Kumulatif hasil operasi penguatkuasaan
đĽ 1,116 TANGKAPAN
Melibatkan tangkapan oleh PDRM, APMM, JSJ D3 serta migran dan penyeludup
đ 317 KES DIREKODKAN
Melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan ketirisan subsidi dan penyeludupan
đĄď¸ RM70,980.80
Rampasan harian pada 2 Jun 2026 menerusi Ops Tiris di Tumpat, Kelantan melibatkan 4 tangkapan
Antara kejayaan utama yang direkodkan adalah:
đš PDRM (KDNKA)
- 246 kes
- RM48,057,625.60 nilai rampasan
- 254 tangkapan
đš APMM
- 20 kes
- RM2,247,816.00 nilai rampasan
- 92 tangkapan
đš PDRM (JSJ D3)
- 51 kes
- Rampasan mata wang asing (Rupiah dan Peso)
- 512 tangkapan
Kejayaan ini membuktikan komitmen berterusan KDN dalam memperkukuh penguatkuasaan strategik bagi membanteras ketirisan subsidi, mengekang aktiviti penyeludupan dan memastikan bekalan strategik negara kekal terjamin demi kepentingan rakyat.
KDN akan terus memperkasakan operasi berasaskan risikan, teknologi dan kerjasama antara agensi bagi memastikan keselamatan negara serta kestabilan bekalan sentiasa berada pada tahap terbaik.
